Berapakah kadar nisab zakat bagi lembu/kerbau?

Had minima nisab bagi zakat ternakan lembu/kebau ialah apabila seseorang memiliki 30 ekor binatang lembu/kerbau. Dan bertambah mengikut ketetapan seperti jadual di bawah:

Nisab

Kadar Yang Diwajibkan Zakat

30-39

1 jantan atau betina

40-59

1 betina

60-69

2jantan

70-79

1jantan& 1 betina

80-89

2 betina

90-99

3 jantan

100-109

2 jantan& 1 betina

110-119

1 jantan & 2 betina

 

Sekiranya jantan maka umurnya mestilah 1 tahun atau lebih dan betina mestilah berumur 2 tahun atau lebih.

Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu/ kerbau diwajibkan 1 ekor lembu jantan yang berumur 1 tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu betina yang berumur 2 tahun.

Jika ternakan bercampur antara lembu dan kerbau, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada mahu memberi lembu atau kerbau daripada peliharaan itu.

Kongsikan di media sosial