KUANTAN, 20 September 2024– Telah menjadi kelaziman Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang menyampaikan dakwah zakat di seluruh masjid di sekitar negeri Pahang dalam usaha memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat Islam. Kuliah Maghrib dan Khutbah Jumaat telah diadakan di beberapa buah masjid di sekitar daerah Kuantan. Di antara masjid dan pegawai yang terlibat adalah.
- Kuliah Maghrib di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Indera Mahkota 15, Kuantan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azizul bin Mamat dan khutbah Jumaat disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Napi bin Wan Sulaiman
- Kuliah Maghrib dan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIA Kuantan telah disampaikan oleh Ustaz Felza Zulrrafaaee bin Abdul Hamid
- Kuliah Maghrib di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota 1, Kuantan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Haji Mohd Salleh dan khutbah Jumaat disampaikan oleh Ustaz Mohamed Fuad bin Zainudin
- Kuliah Maghrib di Masjid Tajul Akbar Indera Mahkota 14, Kuantan telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman dan khutbah Jumaat disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ammar Mukhlis bin Che Mohd Nasir
- Kuliah Maghrib di Masjid Al-Muhajirin Indera Mahkota 5, Kuantan telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Hidayat bin Mohamad Nafiah dan khutbah Jumaat disampaikan oleh Ustaz Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
- Kuliah Maghrib di Masjid Al-Makmur Indera Mahkota 2, Kuantan telah disampaikan oleh Tuan Haji Khahirul Anuar bin Haji Abdullah dan khutbah Jumaat disampaikan oleh Ustaz Anuar bin Hassan
- Khutbah Jumaat di Masjid Arrayan, Indera Mahkota 15, Kuantan di sampaikan oleh Ustaz Mohammad Hidayat bin Mohamad Nafiah



Dengan wujudnya program sebegini, diharap masyarakat mampu menambah ilmu pengetahuan dan dalam pada masa yang sama PKZ dapat menyebarkan dakwah zakat secara berterusan kepada masyarakat awam di negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang