KUANTAN, 23 September 2024 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Felda Wilayah Kuantan Dr Haji Mohd Saiful bin Hassan. Wakil PKZ Pahang yang turut hadir didalam kunjungan hormat ini adalah Tuan Haji Che Samsol Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang, Tuan Haji Azmi bin Othman, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang, Ustaz Felza Zurrafaaee bin Abd Hamid, Pengurus Zon Timur, dan En Wan Mohd Napi bin Wan Sulaiman Penolong Pengurus Zon Timur.
Tujuan utama kunjungan ini dilakukan adalah untuk mengemaskini info zakat peneroka, zakat FGV dengan aktiviti berimpak terus dilaksanakan. Disamping itu, turut dibincangkan kaedah saluran zakat berkesan bagi memudahkan kedua belah pihak dengan teknologi ICT. PKZ juga telah ditawarkan slot khas sempena mesyuarat pengurus-pengurus felda pada 26 September 2024 bagi menyampaikan info kutipan dan agihan zakat serta penerangan proses potongan hasil para peneroka secara bulanan dan perbincangan kolaborasi program antara dua pihak.
Dalam kunjungan tersebut, pihak PKZ Pahang telah mengambil kesempatan menerangkan prestasi bayaran zakat di kalangan peneroka di negeri Pahang. Semoga hubungan baik yang terjalin antara PKZ Pahang dan pihak FELDA dapat dapat memberi manfaat kepada lebih 43,000 warga peneroka di negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
