KUANTAN, 14 November 2024 – Pusat Kutipan Zakat Pahang – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (PKZ-MUIP) menerima RM398,185.47 bayaran zakat daripada KMI Kuantan Medical Centre Sdn Bhd (KMI KMC) yang telah diserahkan oleh Pengurus Besar KMI KMC Encik Muhammad Ghazali Zainal Yusof. Serahan itu telah diterima oleh Timbalan Pengurus Besar PKZ -MUIP, TuanHaji Che Samsol bin Ibrahim dan disaksikan oleh Yb Dato Haji Satiful Bahari Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KMI KMC dan Dr. Rayney Azmi Ali Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KMI serta kakitangan KMI KMC dan perwakilan dari Kumpulan KMI dan TDM.



Majlis serahan ini diadakan sempena majlis Sambutan Sedekad KMI Kuantan Medical Centre di Indera Mahkota Kuantan. Menurut ucapan dari Pengurus Besar KMI KMC, beliau berharap agar zakat yang dibayar oleh pihak syarikat dapat membantu komuniti terutama golongan asnaf di Negeri Pahang. Dalam ucapanya juga, pihak KMI KMC komited dalam membantu golongan asnaf dengan istiqamah mengeluarkan zakat perniagaan setiap tahun.
Pihak PKZ-MUIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada KMI KMC yang telah mengeluarkan zakat perniagaan pada tahun 2024 dan turut menyeru kepada semua syarikat dalam Negeri Pahang agar membuat bayaran zakat sempena Kempen zakat hujung tahun 2024. Ini selaras dengan hasrat MUIP yang ingin lebih ramai asnaf di Negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang