KUANTAN, 10 April 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZWP), Tuan Haji Mohd Azmi Haji Othman telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail di Pejabat YAB Menteri Besar yang di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah, Kuantan.
Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memperkenalkan pengurusan baharu Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang kepada YAB Menteri Besar. Dalam pertemuan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PKZWP, Tuan Haji Mohd Azmi turut mengambil kesempatan untuk membentangkan perkembangan semasa kutipan zakat dan wakaf, serta berkongsi perancangan kempen zakat yang menyasarkan penjawat awam di negeri Pahang dan majikan sektor swasta di Kawasan Perindustrian Gebeng.
Ketua Pegawai Eksekutif turut diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat, Haji Che Samsol bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, Dr Haji Mohd Syakir Dato’ Haji Mohd Taib serta beberapa orang pegawai pengiring lain.
Semoga hubungan baik yang terjalin dengan pentadbiran negeri dapat memantapkan lagi pengurusan zakat dan wakaf di negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
