HARI BERTEMU PELANGGAN BERSEPADU TIOMAN 2025

PULAU TIOMAN, 6 Mei 2025 – Lembaga Pembangunan Tioman dengan kerjasama Pusat Kutipan Zakat Pahang Dan Wakaf Pahang, Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) dan PERKESO Pahang telah menganjurkan Program Kerjasama Strategik sempena Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu Tioman 2025 selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mei 2025 di Kampung Tekek, Kampung Mukut dan Kampung Juara.

Antara pengisian utama program adalah taklimat zakat, Kuliah Maghrib dan sesi beramah mesra bersama para penduduk sekitar di Kampung Tekek dan Juara, ini memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk mengenali lebih dekat peranan agensi-agensi yang terlibat.

Sepanjang program ini berlangsung, Pusat Kutipan Zakat telah menerima sebanyak RM8,490.00 kutipan zakat yang terdiri daripada 8 pembayar baharu dengan jumlah RM1,110.00 dan 16 pembayar sedia ada dengan jumlah bayaran zakat sebanyak RM7,380.00. Dalam masa yang sama, Potongan Zakat Berjadual (PZB) turut menerima 23 borang dengan jumlah kutipan RM1,740.00, merangkumi 19 permohonan baharu sebanyak RM970.00 dan 4 permohonan sedia ada iaitu RM770.00.

Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat masyarakat setempat dan dalam masa yang sama dapat mendekatkan masyarakat dengan agensi-agensi terlibat khususnya Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Disediakan oleh,
Nur ‘Addneen Binti Mohamad Razali
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial