Kuantan, 3 Jun 2025 – Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFMB) telah menunaikan kewajipan zakat perniagaan bagi tahun 2024 berjumlah RM22,103.18 kepada Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat PKZ Pahang.
Penyerahan zakat telah disempurnakan oleh YH Dato’ Sabari Bin Misran, Pengerusi KPFMB, diiringi oleh Encik Shahran Bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif KPFMB, dan Encik Muhamad Firdaus Bin Mohd Fadzilah, Pengurus Wilayah Pahang KPFMB.
Bagi pihak PKZ Pahang, penyerahan zakat ini telah diterima oleh Tuan Haji Che Samsol Bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang. Turut hadir ialah Dr. Mohd Syakir Bin Dato’ Haji Mohd Taib, Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, Encik Zafridan Bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Pemasaran Zakat Pahang, Puan Noraidah Binti Mustaffa, Penolong Pegawai Bahagian Korporat PKZ Pahang serta Encik Mohd Akmal Afif Bin Mohd Nasir, Pembantu Pegawai Bahagian Korporat PKZ Pahang.
PKZ Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPFMB atas komitmen berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab zakat perniagaan. Ini bukan sahaja membantu memperkasakan institusi zakat, malah memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi asnaf di negeri ini. Majlis ini turut menjadi platform untuk mempererat hubungan strategik antara PKZ Pahang dan sektor koperasi dalam memperkasa ekonomi Islam melalui instrumen zakat.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
