KUANTAN, 13 Jun 2025 – Dalam usaha memantapkan lagi sistem perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang, telah menjadi rutin tahunan PKZ Pahang akan diaudit oleh pihak SIRIM QAS International Sdn.Bhd. bagi memenuhi kelayakan persijilan ISO 9001:2015 (Pengurusan Kualiti Kategori Perkhidmtan) dan MS 1900:2014 (Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah). Skop pengauditan adalah berkaitan Pengurusan Kutipan Zakat Harta.
Bagi tahun ini, proses audit dari SIRIM QAS dilaksanakan selama tiga hari bermula 11- 13 Jun 2025 yang melibatkan semua bahagian di Ibu Pejabat PKZ, pejabat Kuantan, Bentong, Jerantut dan Maran. Kumpulan auditor telah diketuai oleh Encik Mohd Hisyam Mahadi dan diiringi Pakar Teknikal Syariah, Dr Hisham Sabri serta dua orang auditor lain. Melalui audit ini, PKZ Pahang berjaya mengekalkan keputusan untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dengan tiada Laporan Ketidakpatuhan (NCR) direkodkan.
Kejayaan ini membuktikan bahawa PKZ sangat komited memberi perkhidmatan kutipan zakat harta yang berkualiti kepada masyarakat Islam negeri Pahang malahan pengurusannya secara keseluruhan mematuhi kehendak Syarak.
Semoga dengan penganugerah sijil ini, akan memantapkan lagi sistem perkhidmatan yang disediakan oleh PKZ Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
