MAJLIS PENYERAHAN WAKALAH ZAKAT VAN JENAZAH CIMB ISLAMIC BANK

TEMERLOH, 9 September 2025 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Wakalah Zakat Van Jenazah CIMB Islamic Bank di Pejabat MUIP Cawangan Temerloh. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berusaha Dr. Haji Asmadi Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Baitulmal dan Operasi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Berusaha Tuan Ahmad Suhaimi Bin Yahya, Ketua Serantau Penasihatan Syariah dan Tata Kelola CIMB Islamic Bank, Yang Berusaha Tuan Haji Azmi Bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat Pahang, Pengarah-Pengarah CIMB Islamic Bank, Pegawai-Pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Pegawai-Pegawai Pusat Kutipan Zakat Pahang serta para penerima wakalah zakat CIMB Islamic Bank.

Melalui kerjasama strategik antara CIMB Islamic Bank bersama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), sebanyak empat buah masjid di Negeri Pahang telah menerima sumbangan wakalah zakat berbentuk van jenazah.

Masjid yang terpilih ialah:

  • Masjid Al-Khairah Batu 7, Jalan Gambang, Kuantan

  • Masjid Ubudiah Ulu Dong, Raub

  • Masjid Ar-Rahman, Kampung Kuala Telang, Lipis

  • Masjid As-Sa’adah, Kampung Kuala Sentul, Maran

Jumlah keseluruhan wakalah zakat yang disalurkan mencecah lebih RM500,000.

Inisiatif ini membuktikan bahawa zakat bukan sahaja berperanan membantu asnaf, malah turut memberi kemudahan kepada masyarakat umum. Terima kasih diucapkan kepada semua pembayar zakat yang menjadikan usaha murni ini satu kenyataan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi bekalan pahala dan keberkatan untuk kita semua.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial