PROGRAM JEJAK ZAKAT HULU TEMBELING GALAK KESEDARAN BERZAKAT DAN BERWAKAF

JERANTUT, 10 Oktober 2025 – Program Jejak Zakat Hulu Tembeling yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Oktober 2025 berjaya menarik sambutan menggalakkan daripada penduduk Hulu Tembeling. Program ini melibatkan empat kampung utama iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bukit Mat Daling dan Kampung Gusai.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut termasuk ziarah peniaga, ceramah zakat, kaunter zakat dan wakaf, khutbah Jumaat bertemakan zakat, serta kaunter potongan gaji zakat (PZB) bagi memudahkan urusan pembayaran zakat bagi penjawat awam dan swasta. Hasil program ini, seramai 56 orang pembayar zakat telah menunaikan zakat dengan jumlah kutipan sebanyak RM15,722.00. Selain itu, 8 borang potongan gaji zakat (PZB) turut diterima dengan jumlah potongan sebanyak RM244.00 sebulan. Seramai 16 orang pewakaf dengan jumlah kutipan wakaf tunai sebanyak RM1,510.00.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya Ketua Kampung, Pengerusi JPKK, Pengerusi Masjid, para imam serta seluruh penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama dan sokongan padu sepanjang program berlangsung. Program seperti ini diharap dapat terus memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap kewajipan zakat dan galakan berwakaf, di samping mempererat hubungan silaturrahim antara pihak institusi zakat dengan masyarakat setempat di kawasan pedalaman.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial