Akaun KWSP saya tidak ditukar kepada akaun yang patuh syariah, dan sekarang saya telah layak mengeluarkan kesemua jumlah wang saya yang ada di KWSP, bagaimana cara untuk mengira zakat bagi wang KWSP tersebut?

Kaedah untuk mengira zakat bagi wang KWSP yang tidak ditukar kepada akaun simpanan syariah adalah sebagaimana berikut:

  • Simpanan Bukan Syariah

Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah

Pokok + Dividen Patuh Syariah (iaitu 34% daripada jumlah keseluruhan dividen yang diperolehi).

Contohnya:
Amaun Asal Simpanan: RM100,000.00
Perolehan Dividen(10%) : Rm10,000.00
34% dari RM10,000 = RM3,400 (Patuh Shariah)
66% dari RM10,000 = RM6,600 (Tidak Patuh Syariah)

Kiraan zakat yang diambil kira adalah:
RM100,000 + RM3,400 X 2.5% = RM2,585 sahaja

Kongsikan di media sosial