YAB MENTERI BESAR PAHANG DAN AHLI YANG BERHORMAT BERZAKAT

KUANTAN, 30 Disember 2025 bersamaan 10 Rejab 1447H Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, Menteri Besar Pahang Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang juga merangkap Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menunaikan kewajipan zakat pendapatan beliau untuk tahun 2025.

Zakat YAB Menteri Besar telah diwakilkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, YH Dato Md Yusli bin Ibrahim Mohd Ibrahim Mohd Yunus dan diserahkan kepada Pengurus Zon Pusat Kutipan Zakat Zon Timur, Ustaz Felza Zulrafaee Abdul Hamid bertempat di pejabat Pusat Kutipan Zakat Kuantan.

Turut menunaikan zakat pendapatan pada hari ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang juga ADUN Dong, Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal bertempat di pejabat Pusat Kutipan Zakat Raub dan Ahli Parlimen Bentong, YB Young Syefura binti Othman bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bentong.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri dan Ahli-ahli Berhormat atas ibadah zakat yang disempurnakan oleh mereka. Semoga zakat ini menjadi tauladan terbaik kepada semua rakyat Pahang yang beragama Islam dalam menunaikan kewajipan zakat  untuk membantu Asnaf zakat di Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial