ZAKAT ASB
Definisi
Zakat ASB merujuk kepada zakat yang dikenakan ke atas pelaburan dalam unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Jenis-jenis ASB
Harga Tetap | Harga Berubah |
ASB | ASN |
ASB 2 | ASN Equity 2 |
ASB 3 | ASN Equity 3 |
ASM | ASN Equity 5 |
ASM 2 | ASN Equity Global |
ASM 3 | ASN Equity Malaysia |
ASN Imbang 1 | |
ASN Imbang 2 | |
ASN Imbang 3 Global | |
ASN Sara 1 | |
ASN Sara 2 | |
ASN Sukuk |
Fatwa ASNB
Kaedah Penilaian Zakat Tabung Unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 04/ 2025 pada 13 – 14 Oktober 2025 telah memutuskan bahawa:
- Kaedah penilaian zakat tabung unit amanah ASNB mengguna pakai kaedah al-Mustaghallat kepada tabung unit amanah ASNB berharga tetap sahaja iaitu penilaian zakat ke atas pengagihan atau dividen dan bukannya ke atas modal pelaburan sebagai pilihan kiraan zakat.
- Penilaian zakat al-Mustaghallat adalah secara khultah (kolektif) untuk semua tabung unit amanah ASNB yang berharga tetap sahaja. Jumlah zakat akan dikira berdasarkan jumlah pengagihan pendapatan secara kolektif.
- PNB hendaklah membayar zakat pelabur berdasarkan tempat tinggal atau tempat bekerja pencarum setelah diwakilkan oleh pelabur.
Contoh Kaedah Kiraan
Zakat ASB (ASET HARGA TETAP)
Zakat dikenakan ke atas pengagihan pendapatan (dividen) sahaja tanpa melibatkan prinsipal atau modal pelaburan pokok. Perubahan ini selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.
Zakat
Jumlah Dividen/Agihan Pendapatan ASB setahun x 2.5%
Contoh
Dividen Setahun (RM5,000) x 2.5%= RM125
Ketetapan ini hanya terpakai kepada Tabung Amanah Unit Harga Tetap (seperti ASB). Bagi dana ASNB harga berubah, kaedah baki terendah adalah kekal sehingga dimaklumkan.
Zakat ASB (ASET HARGA BERUBAH)
Modal Persendirian Atau Pinjaman Peribadi
Kiraan zakat ASB modal persendirian atau pinjaman peribadi adalah berdasarkan baki terendah
Zakat
Baki terendah x 2.5%
Contoh
RM41,000 x 2.5% = RM1,025
PINJAMAN MELALUI EJEN BANK ASB
Kiraan zakat pinjaman ASB adalah berdasarkan baki dividen terendah
Zakat
Dividen terkumpul – dividen semasa = baki dividen terendah x 2.5%
Contoh
RM46,000-RM5,000 = RM41,000 x 2.5% = RM1,025
*Dividen semasa tidak diambil kira kerana belum cukup haul