AL IKHSAN SPORTS TUNAI ZAKAT

KUANTAN, 7 April 2023 – Al Ikhsan Sports Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2022 kepada Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Al Ikhsan Sports Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurus Wilayah Timur, Encik Mohamad Alif bin Ismail yang mewakili Pengerusi Al Ikhsan Sports, Haji Ali Hassan bin Mohd Hassan telah menunaikan zakat perniagaan syarikat berjumlah RM45,000.00.Manakala penerimaan zakat telah diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Al Ikhsan Sports Sdn Bhd kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial