AL IKHSAN SPORTS TUNAI ZAKAT

KUANTAN, 29 April 2024 – Al Ikhsan Sports Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2023 kepada Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Al Ikhsan Sports Sdn Bhd yang diwakili oleh Eksekutif Hal Ehwal Korporat Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd, Encik Wan Mohammad Asiff bin Wan Rosli yang mewakili Pengerusi Al Ikhsan Sports, Haji Ali Hassan bin Mohd Hassan telah menunaikan zakat perniagaan syarikat berjumlah RM35,000.00.

Manakala penerimaan zakat telah diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Al Ikhsan Sports Sdn Bhd kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial