BADAN-BADAN KORPORAT TUNAI ZAKAT

KUANTAN, 29 DISEMBER 2022: Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan-Badan Korporat telah diadakan di Bilik Seminar Pusat Kutipan Zakat Pahang. Sebanyak 4 badan Korporat yang terlibat di dalam majlis ini iaitu Radicare Group of Companies, Kolej Poly-Tech Mara Sdn Bhd, KMI Kuantan Medical Centre Sdn Bhd dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sebanyak RM522,747.48 ribu bayaran zakat telah diterima daripada Radicare Group of Companies (RM165,699.00), Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (RM150,0000.00), KMI Kuantan Medical Centre Sdn Bhd (RM117,048.48), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (RM90,000.00). Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud serta para pegawai dan kakitangan PKZ Pahang serta badan korporat yang terlibat. Dalam majlis yang lain, terdapat 2 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut menunaikan kewajipan zakat perniagaan mereka iaitu Pascorp Paper Industries Berhad dengan jumlah bayaran RM 1.6 juta. Manakala Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM 3 juta.

Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang opitimis untuk mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM194 juta dengan pembayar seramai 100,800 orang pada tahun 2022 berdasarkan sokongan baik daripada badan-badan korporat dan masyarakat. Pihak PKZ Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada badan korporat yang terlibat bagi menjayakan Majlis Serahan Zakat ini dan mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat yang terlibat kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan dan pendapatan mereka

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial