Bagaimana cara untuk kira kadar zakat emas yang dipakai? Apakah dikira dari jumlah pemilikan keseluruhan ataupun jumlah yang melebihi had kebiasaan sahaja?

Emas Pakai wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian setempat). Kadar Uruf bagi negeri Pahang ialah 500 gram. Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut.

Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.

Kongsikan di media sosial