Alhamdulillah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah melancarkan Bantuan Agihan Zakat Peralatan Persekolahan 2025 bertempat di Pasar Raya Sakan Gambang, Kuantan. Program ini, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta, bertujuan meringankan beban keluarga asnaf dengan memberikan kelengkapan persekolahan kepada anak-anak asnaf di seluruh Pahang.
Inisiatif ini memastikan mereka memulakan tahun persekolahan dengan kelengkapan yang sempurna, agar dapat terus cemerlang dalam pendidikan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semua pembayar zakat di Negeri Pahang!! Semoga usaha ini diberkati dan memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan.