ROMPIN, 26 November 2025 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Draf Rang Undang-Undang Zakat Pahang 2025 (Siri II) bertempat di Villae Rompin mulai 24 hingga 26 November 2025.
Bengkel ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP (Sektor Pengurusan dan Dasar) En. Khairuddin bin Ismail, yang mengetuai sesi libat urus bersama agensi strategik dalam usaha memurnikan draf Rang Undang-undang (RUU) baharu bagi memperkasa tadbir urus zakat Negeri Pahang.
Turut serta dalam bengkel ini ialah Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, En Muhamad Yusri bin Aman Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Puan Seri Hanem binti Mohd Ayob Pengarah Operasi Negeri (Perundangan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), En Muhamad Haizad bin Hj Zolpani Pegawai Undang-undang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Dr. Mohammad Ramzi Bin Zakaria Pensyarah Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS), Puan Raihaanah binti Omar @ Md Salleh Pegawai Penyelidik Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Tuan Haji Sazali bin Abdul Aziz Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Negeri Pahang.



Penganjuran bengkel ini bertujuan menyelaras pandangan, menambah baik peruntukan undang-undang serta memastikan draf yang dibangunkan lebih komprehensif dan selaras dengan keperluan semasa serta piawaian perundangan syariah di Negeri Pahang.
Perbincangan selama tiga hari ini memberi tumpuan kepada usaha penambah baikan dan permurnian daraf undang-undang zakat agar ia benar-benar memenuhi keperluan terkini, memperkukuh tadbir urus, serta penguatkuasaan syariah.
Adalah diharapkan semoga hasil benghkel RUU zakat ini Berjaya diwartakan demi memartabatkan pengurusan dan pentadbiran zakat Negeri Pahang secara istiqamah.
Mohd Nadhir Syafiq bin Rameli
Bahagian Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang
