Zakat dari segi bahasa maksudnya mensucikan, subur, berkembang. Banyak pengertian yang dikembangkan daripada perkataan di atas, misalnya, ia mensucikan harta, menyuburkan silaturrahim, dan mengembangkan punca rezeki. Dari segi istilahnya, zakat adalah mengeluarkan harta mengikut syarat yang ditentukan oleh syarak dengan kadar tertentu kepada golongan tertentu (asnaf zakat). Zakat ni kita boleh umpamakan macam proses kita mencantas pokok. Masa kecil saya di kampung, ayah dan mak saya selalu memangkas pokok-pokok buah-buahan dan bunga di sekitar tujuan. Bila kita potong dahan pokok-pokok ni, ia akan nampak gondol dan pelik. Tapi hasilnya, pokok-pokok ni akan jadi lebih subur, rimbun dan rendang. Macam itulah…