Thursday, 21 July 2022 03:16

TAKLIMAT WAKALAH KEPADA GURU BESAR DAERAH PEKAN

Rate this item
(0 votes)

14 Julai 2022, Pekan – Pusat Kutipan Zakat Pahang daerah Pekan telah berjaya mengadakan satu program penerangan wakalah bersama 48 orang guru besar sekolah di sekitar daerah Pekan. Program taklimat pemulangan wang zakat kepada sekolah (Wakalah Sekolah) ini berlangsung selama setengah hari dengan penyertaan semua Guru Besar dalam daerah Pekan.

Taklimat program ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Zakat daerah Pekan, Haji Khahirul Anuar bin Abdullah yang membicarakan berkenaan paduan dan syarat kelayakan bagi membolehkan sekolah untuk memohon wakalah. Syarat yang dikenakan adalah potongan gaji bulanan kakitangan sekolah rendah mestilah melebihi RM1,000 sebulan manakalah potongan gaji bulanan bagi sekolah menengah pula perlu melebihi RM2,500 dan prestasi potongan gaji setiap sekolah mestilah melebihi 90% daripada jumlah kakitangan muslim. Di akhir program tersebut turut diadakan sesi soal jawab bagi menjawab sebarang kemusykilan yang timbul berkenaan Wakalah Sekolah.

Diharap dengan adanya program wakalah sekolah ini, dapatlah membuka mata warga pendidik untuk membuat potongan zakat ini kerana dengan adanya program wakalah ini maka pihak sekolah dapat memanfaatkan semula agihan zakat kepada asnaf di dalam sekolah sendiri seperti pelajar-pelajar miskin, pelajar mualaf, aktiviti keagamaan dan kelengkapan surau sekolah.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 78 times