Friday, 22 July 2022 07:52

AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015 PKZ PAHANG

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 18 Julai 2022 – Dalam usaha memantapkan lagi sistem perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang), adalah menjadi rutin tahunan PKZ Pahang akan menjalankan audit dalaman bagi memenuhi kelayakan persijilan ISO 9001:2015 (Pengurusan Kualiti Kategori Perkhidmtan) dan MS 1900:2014 (Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah). Skop pengauditan adalah berkaitan Pengurusan Kutipan Zakat Harta.

Tujuan audit dalaman ini diadakan adalah bagi mempastikan PKZ dapat memberi perkhidmatan kutipan dan penerangan zakat harta yang terbaik kepada masyarakat Islam bahkan mempastikan pengurusan yang mematuhi Syarak.

Bagi tahun ini, proses audit dari SIRIM QAS dilaksanakan selama dua minggu bermula 18 Julai sehingga 05 Ogos 2022 yang melibatkan semua bahagian di Ibu Pejabat PKZ dan pejabat cawangan PKZ Pahang. Kumpulan auditor telah diketuai oleh Encik Mohd Zaisam bin Zainal selaku Timbalan Wakil Pengurusan (Audit Dalaman) serta 17 orang auditor lain yang terdiri daripada pegawai dan penolong pegawai dari seluruh pejabat PKZ Pahang.

Semoga dengan pelaksanaan sijil pengurusan kualiti ini, akan memantapkan lagi sistem perkhidmatan yang disediakan oleh PKZ Pahang kepada masyarakat.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 101 times