Tuesday, 23 August 2022 08:10

BUAL BICARA ZAKAT MUIP DAN PKZ

Rate this item
(0 votes)

TEMERLOH, 15 Ogos 2022, –Masjid Kg Raja Songsang, Temerloh telah mengadakan satu program Forum Khairul Ummah Siri 3 dengan tajuk “Harta Yang Membahagiakan” yang berlangsung selepas maghrib dengan kehadiran penduduk setempat

Forum ini dibarisi oleh dua orang panel iaitu Ustaz Lukmanulhakim bin Jalaluddin (Pembantu Pegawai Zakat Daerah Temerloh) seterusnya Ustaz Muhammad Hafidz bin Abdul Halim ( Pengarah Bahagian Agihan Zakat, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ) dan tuan moderator bagi forum ini adalah En Kamarul Lokman bin Mohd Perai.

Seramai lebih hampir 100 tetamu telah datang bagi memeriahkan program pada malam tersebut. Antara topik yang dibincangkan di dalam forum ini adalah golongan manakah yang layak menerima zakat dan bagaimana cabaran yang dihadapi dalam mengutip dan mengagihkan zakat di negeri Pahang ini.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat harta dan program-program bantuan zakat yang dijalankan oleh pihak MUIP. Adalah diharapkan program seumpamam ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan seterusnya menjadi penyumbang kepada dana zakat negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 152 times