Tuesday, 23 August 2022 08:16

KULIAH DHUHA MUSLIMAT BERSAMA PKZ

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN, 6 Ogos 2022 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengadakan satu kuliah Dhuha khas untuk muslimat yang bertajuk “Harta Yang Membawa ke Syurga” bertempat di Surau Madinah, Taman Pandan Damai.

Kuliah Dhuha tersebut disampaikan oleh Ustazah Fatin Nor Azrin binti Omar selaku Penolong Pegawai Bahagian Dakwah PKZ Pahang. Kuliah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para jemaah berkaitan pensyariatan zakat harta. Skop yang dibincangkan adalah berkenaan konsep dan kaedah pengiraan zakat emas, wang simpanan dan pendapatan.

Kuliah Dhuha tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat serta memperolehi respon positif daripada mereka. Melalui program seumpama ini, Pusat Kutipan Zakat Pahang berharap masyarakat awam akan lebih peka dan prihatin terhadap kewajipan zakat harta yang perlu dilaksanakan mengikut syariat.

Disediakan oleh,
Syabeel bin Zulkifli
Bahagian Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 133 times