Tuesday, 30 August 2022 04:03

MOH MENGAJI MEGA 2.0

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 20 Ogos 2022 - Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dengan kerjasama Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan beberapa lagi rakan kerjasama antaranya Majlis Belia Negeri Pahang, Puspanita Negeri Pahang, Unipsas, NGO Sahabat Telekung Kuantan dan juga Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 menyebarkan khidmat sosial kepada masyarakat dengan melaksanakan Program Moh Ngaji Mega 2.0 yang diadakan secara fizikal dan atas talian bertempat di Auditorium Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Program ini melibatkan qari dan pengacara My Quran Time TV Alhijrah iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman dan Ustaz Fazrul Fahmee bin Ismail dan Ustaz Ahmad Tirmizi Bin Hj. Ali.

Program ini juga turut menampilkan Qari Negeri Pahang Ustaz Muhammad Izzan bin Idris, Ustaz Muhammad Fahmi bin Badrulisham, Ustazah Siti Esah Bt Abd Ghani dan Ustazah Siti Fatimah Bt Mohd Noor melalui battle Taranum Al-Quran di persembahan pembuka dan penutup.

Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH. Dato’ Haji Halidan Md Daud berkata, “Antara tujuan lain program ini diadakan adalah untuk menyebarkan info zakat dan waqaf di PKZ Pahang menerusi media sosial seterusnya memasyarakatkan PKZ Pahang kepada orang ramai. Program Moh Ngaji Mega 2.0 ini melibatkan seramai 300 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pada hari kejadian juga info zakat dan wakaf Pahang dapat disebarkan dengan seramai 85 orang berwakaf, 12 orang sertai BizZakat dan lebih dari 100 orang mendaftar akaun EZID.MY. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya, kaunter zakat dan wakaf, kaunter Puspanita dan aktiviti cabutan bertuah menggunakan cara digital.

Menurut Dato’ Haji Halidan, program sama turut mendapat penyertaan daripada orang ramai dalam dan luar negara menerusi siaran atas talian di Facebook rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Disediakan oleh,
Wan Nor Mazuani binti Wan Mokhtar
Unit Media sosial
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 138 times