Bilakah fatwa wajib Zakat Pendapatan telah diputuskan?

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah memutuskan bahawa Zakat Pendapatan adalah wajib pada tahun 2001.

Manakala Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bersetuju bahawa Zakat Pendapatan adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat pada Jun 1997 lagi.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Darul Makmur (27 Mei 2014) telah menambahbaik kepada keputusan terdahulu memutuskan bahawa:

  1. Bersetuju bahawa hukum Zakat al Mal al Mustafad adalah wajib
  2. Takrif Zakat al Mal al Mustafad ialah :
    a.  Harta Penggajian dan Upah Kerja
    b. Harta Hasil Bebas
    c. Harta al Mustaghallat
  3. Bersetuju kaedah pengiraan Zakat al Mal al Mustafad adalah berdasarkan kepada Had al Kifayah.
Kongsikan di media sosial