Qada zakat bermaksud, menunaikan zakat yang wajib ditunaikan pada masa yang telah lalu; namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja meninggalkanya atau atas apa-apa alasan lain sehingga berlalu haulnya (setahun), maka ia wajib ditunaikan segera.
Hukum qada zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan.
Cara Menunaikan Zakat
Qada’ zakat adalah berdasarkan kepada nisab ketika haul yang terdahulu.
Pembayaran qada’ zakat ini boleh dibuat secara ansuran atau mengikut kemampuan.
Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat sama ada dengan mengunjungi cawangan zakat di seluruh Pahang atau kaedah lain iaitu membuat pembayaran melalui potongan gaji, ejen bank, internet dan lain-lain kaedah yang disediakan oleh PKZP.