Tidak wajib zakat kerana tidak memenuhi syarat wajib zakat iaitu hasil usaha yang baik sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah tidak menerima sebarang sedekah dari sumber yang haram.” Sebagai contoh sumber haram tersebut adalah seperti hasil wang rasuah, riba, judi dan seumpamanya.