KUANTAN, 18 April 2023 – Masjid Tepian Putra, Kuantan telah menganjurkan satu program Bual Bicara Kewangan Islam bertajuk “Pengurusan Kewangan Mengikut Islam” yang berlangsung selepas solat Zohor di ruang solat utama masjid tersebut. Panel program ini adalah Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Asri Haji Ahmad, mentor pelaburan saham syariah terkenal merangkap pengasas Akademi Asri Ahmad (AAA). Manakala Ustaz Mohd Farid bin Ramly, Pegawai Dakwah Dan Pemasaran Wakaf Pahang bertindak sebagai moderator program tersebut. Program Bual Bicara ini adalah anjuran bersama antara Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang, Yayasan Sultan Abdullah (YASA) dan Akademi Asri Ahmad.

Seramai hampir 100 jemaah Zohor setia menunggu sehingga selesai program bagi mendapat manfaat hasil daripada perkongsian ilmu oleh YBhg Datuk Asri. Antara topik yang oleh Datuk Asri di dalam program ini adalah berkenaan kepentingan memilih produk yang patuh syariah dalam urusan kehidupan harian dan urusan muamalat secara amnya. Di samping itu juga, penganjur turut mengadakan perkhidmatan kaunter penerangan zakat dan wakaf untuk para-Jemaah berurusan.
Adalah diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat setempat dalam memahami berkenaan pengurusan kewangan yang patuh syariah.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang