Kenapa ada perbezaan kaedah kiraan Zakat Pendapatan di setiap negeri?
Perbezaan ini wujud disebabkan penentuan kadar Had Kifayah di setiap negeri adalah berbeza antara satu sama lain.
Perbezaan ini wujud disebabkan penentuan kadar Had Kifayah di setiap negeri adalah berbeza antara satu sama lain.
Nafkah yang diterima isteri dari suami tidak dikategorikan sebagai hasil pendapatan kerana nafkah tersebut diperolehi dengan sebab perkahwinan bukan dengan sebab pekerjaan dan nafkah tersebut tidak perlu dizakatkan.
Tidak wajib zakat kerana tidak memenuhi syarat wajib zakat iaitu hasil usaha yang baik sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah tidak menerima sebarang sedekah dari sumber yang haram.” Sebagai contoh sumber haram tersebut adalah seperti…
Kadar Zakat Pendapatan adalah sebanyak 2.5% berpandukan kepada kadar zakat emas.Ini kerana gaji, upah dan saham yang diterima dalam bentuk matawang atau nilai wang.
Ya, zakat pendapatan yang masih belum tertunai hendaklah diqada’ oleh individu yang telah layak berzakat tapi tidak melaksanakan kewajipannya.
Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengira Zakat Pendapatan samada berdasarkan Tolakan Had Kifayah atau tanpa tolakan Had Kifayah. Kaedah berdasarkan kepada Tolakan Had Kifayah bermaksud pendapatan dari semua sumber dalam setahun ditolak dengan tolakan Had Kifayah dalam tempoh…
Zakat Pendapatan wajib dikeluarkan apabila cukup syarat-syarat berikut iaitu: Islam Merdeka Cukup Nisab Cukup Haul Milik Sempurna Hasil Usaha Yang Baik
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah memutuskan bahawa Zakat Pendapatan adalah wajib pada tahun 2001. Manakala Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bersetuju bahawa Zakat Pendapatan adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat pada Jun 1997 lagi. Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan…
Ya, Zakat Pendapatan adalah wajib sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang tahun 2001 dan berdalilkan firman Allah S.W.T dalam surah al Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil…
Zakat Pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas pendapatan atau perolehan yang diperolehi seseorang melalui sumber-sumber yang sah dan halal setelah ditolak Had Kifayah. Pendapatan atau perolehan tersebut adalah: Harta Pendapatan, Gaji, dan UpahSegala pendapatan yang diperoleh seseorang daripada majikannya…