Apakah dalil wajib zakat perniagaan?

Jumhur ulama bersependapat bahawa zakat diwajibkan bagi harta perniagaan. Antara dalil syarak adalah seperti berikut: Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang…

Apakah itu zakat perniagaan?

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam,…