SAYA TELAH SELESAI MENUNAIKAN ZAKAT EMAS, SELANG BEBERAPA BULAN SELEPASNYA SAYA MEMBELI LAGI EMAS. SOALAN SAYA BAGAIMANAKAH KIRAAN ZAKAT EMAS UNTUK EMAS YANG SAYA BELI TAMBAH DI PERTENGAHAN HAUL ?

Apabila anda telah selesai menunaikan zakat emas, kemudian membeli lagi emas di pertengahan haul, pengiraan zakat untuk emas tambahan tersebut perlu disesuaikan dengan haul dan nisab. Berikut adalah panduan tentang cara kiraan zakat emas bagi emas yang dibeli di pertengahan…

Encik Adam membeli rantai dan gelang emas seberat 87 gram pada tahun yang lalu dan telah meminjamkan emas perhiasan tersebut kepada isteri dan ank-anaknya untuk dipakai, adakah encik Adam wajib membayar zakat bagi emas tersebut? kategori emas tersebut tertakluk kepada emas pakai atau emas simpan?

Wajib ke atas encik Adam membayar zakat bagi emas tersebut kerana telah mencukupi syarat wajib berzakat iaitu mencukupi nisab 85 gram emas. Kategori pemilikan tersebut adalah sebagai emas simpan kerana emas tersebut pemiliknya adalah Encik Adam bukan milik isteri dan…

Adakah barangan kemas yang dimiliki oleh anak kecil diwajibkan zakat sedangkan ia dihadiahkan oleh ibunya? Sekiranya wajib adakah ianya dizakatkan secara berasingan daripada barang kemas ibunya?

Anak kecil yang mempunyai barang kemas wajib dikeluarkan zakatnya oleh walinya jika cukup syarat-syaratnya. Zakat barang kemasnya dikeluarkan secara berasingan dengan barang kemas milik ibunya (nisab dan kadar zakat) kerana pemilikan yang berasingan.

Encik Fahmi telah membuka akaun emas di bank konvensional dengan belian permulaan 15 gram. Setiap bulan, Encik Fahmi istiqomah menambah caruman akaun emasnya. Setahun kemudian, Encik Fahmi memiliki 98 gram dalam akaun emasnya. Setelah mendengar ceramah mengenai pelaburan emas dalam Islam, barulah Encik Fahmi mengetahui dan memahami hukum sebenar pelaburan emas tanpa fizikal adalah haram. Apakah yang perlu dilakukan oleh Encik Fahmi untuk taksiran zakatnya?

Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok (Modal) sahaja sekiranya jumlah mencukupi nisab semasa. Segala keuntungan yang diperolehi oleh pelaburan ini adalah haram. Walau bagaimanapun, pokok pelaburan (modal) adalah harta yang halal maka wajib ke atasnya sekiranya cukup syarat-syarat wajib…