JENGKA, 20 November 2023 – Pusat Kutipan Zakat cawangan Jengka telah mengadakan satu program kaunter Zakat & Wakaf di empat pusat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sekitar bandar Jengka. Di antara pusat AIM yang terlibat adalah Pusat AIM Rantau Perintis, Pusat AIM Siti Khadijah Nadi Kota, Pusat AIM Felda Ulu Jempol dan Pusat Ulu Jempol. Seramai 22 orang sahabat AIM telah menyumbang zakat dan wakaf secara bulanan kepada pegawai bertugas.
Sepanjang program ini diadakan, PKZ Pahang dapat menyampaikan maklumat berkaitan dengan zakat dan wakaf kepada para pengunjung yang hadir melalui sesi taklimat serta kaunter yang disediakan. PKZ Pahang telah diwakili oleh Penolong Pengurus PKZ Cawangan Jengka, Encik Jusny bin Jaafar dan kakitangan beliau, Encik Muhammad Faizal bin Shahimi.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat harta dan mendekatkan masyarakat khususnya para sahabat AIM dengan PKZ Pahang.
Disediakan oleh,
Muhammad Faizal bin Shahimi
Pembantu Pegawai Zakat
Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Jengka