RAUB, 2 Ogos 2024 – Telah menjadi kelaziman Pejabat Cawangan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang memberi penerangan berkaitan zakat harta di seluruh masjid di sekitar negeri Pahang dalam usaha memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat Islam. Dakwah zakat ini telah diadakan di Masjid Gugusan Felda Tersang, Raub di mana Kuliah Dhuha telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Cawangan Raub Ustaz Mohd Khairon bin Umar manakala Khutbah Jumaat berkaitan zakat harta telah disampaikan oleh Pegawai Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang cawangan Raub, Ustaz Mohamad Fakhri Bin Abu Bakar. Di dalam program ini juga, pihak PKZ Pahang cawangan Raub turut menyediakan kaunter zakat bagi memudahkan para jemaah membuat taksiran dan bayaran zakat selepas solat Jumaat.



Dengan wujudnya program sebegini, diharapkan masyarakat mampu menambah ilmu pengetahuan dan dalam pada masa yang sama PKZ dapat menyebarkan dakwah zakat secara berterusan kepada masyarakat awam di negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang