DAKWAH ZAKAT DI MASJID KG. LADA

TEMERLOH, 12 Julai 2024 – Telah menjadi kelaziman bahagian operasi Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang menyampaikan dakwah zakat melalui kuliah maghrib dan khutbah Jumaat di seluruh masjid di sekitar negeri Pahang dalam usaha memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat Islam. Satu khutbah Jumaat telah diadakan di Masjid Kampung Lada, Temerloh di mana khutbah Jumaat berkaitan zakat harta telah disampaikan oleh pegawai dari Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang Cawangan Temerloh, Ustaz Mohamad Lukmanulhakim bin Jalaluddin. Di dalam program ini juga pihak PKZ Pahang cawangan Temerloh turut menyediakan Unit Kaunter Bergerak (UKB) bagi memudahkan para jemaah membuat taksiran dan bayaran zakat selepas solat jumaat diadakan.

Dengan wujudnya program sebegini, diharap masyarakat mampu menambah ilmu pengetahuan dan dalam pada masa yang sama PKZ dapat menyebarkan dakwah zakat secara berterusan kepada masyarakat awam di negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial