JENGKA, 4 Disember 2023 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang Cawangan Jengka dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Biro Dakwah Masjid Jamek Felda Jengka 2 telah menjalankan satu program kuliah dhuha yang bertajuk “Dariku, Untukmu”.
Kuliah Dhuha ini telah berlangsung pada jam 9 pagi sehingga 11 pagi, yang melibatkan seramai 30 orang jemaah yang terdiri daripada jemaah lelaki dan wanita dari kawasan sekitar. Kuliah Dhuha tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Jusny bin Jaafar selaku Penolong Pengurus PKZ Pahang Cawangan Jengka. Taklimat ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman kepada para jemaah berkaitan pensyariatan zakat serta kaedah pengiraan zakat harta dan mengfokuskan penerangan tentang zakat emas dan zakat wang simpanan kepada jemaah yang hadir.



Sepanjang kuliah dhuha ini berlangsung, jemaah menunjukkan respon yang positif dan keterujaan mereka untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang hukum hakam zakat. Dengan wujudnya program sebegini, diharapkan masyarakat mampu menambah ilmu pengetahuan dan dalam pada masa yang sama PKZ dapat menyebarkan dakwah zakat secara berterusan kepada masyarakat awam di samping merapatkan hubungan masyarakat dengan pihak PKZ Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang