Kuantan, 19 Februari 2025 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah mengadakan Diskusi Meja Bulat bersama Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Pegurus Besar Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Bersama Agensi Pengendalian Umrah Dan Haji yang terdapat negeri Pahang. Terdapat lapan agensi yang hadir ke diskusi tersebut bertempat di Bilik Seminar Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang yang terdiri daripada Andalusia, Rayhar, Az Zuha Group, Insaff, MKM Ticketing, Kembara Sufi, Wira Saujana, UHB dan Raudhah Jaya.
Intipati diskusi meja bulat adalah untuk menjalinkan hubungan sebagai rakan strategik dalam membantu menyebarkan informasi dan kempen zakat dan wakaf serta bagi memastikan perkara tersebut sampai ke golongan sasar. Pembentangan utama yang dibentangkan oleh Ustaz Mohd Nadhir Syafiq selaku Pegawai Dakwah mengenai lantikan ejen korporat dan kerjasama dakwah.



Kejayaan program ini adalah hasil daripada sokongan dan semangat yang disumbangkan oleh agensi-agensi yang telah hadir ke diskusi meja bulat tersebut. Dengan terjalinnya hubungan ini, Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang berharap dapat meningkatkan kutipan zakat dan wakaf serta memberi manfaat kepada golongan asnaf.
Diskusi Meja Bulat Bersama Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Dengan Agensi Pengendalian Umrah Dan Haji Negeri Pahang berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan bergambar bersama. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif dalam mengembangkan lagi amalan berzakat dan berwakaf kepada masyarakat di negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Adlin Darwisyah binti Mohd Razali
Pelatih Bahagian Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang