Pahang, 9 Mac 2023 – Bersempena Bulan Zakat Dan Wakaf peringkat negeri Pahang, Pusat Kutipan Zakat Cawangan Temerloh dan Bentong telah menganjurkan dua program Forum Khairul Ummah yang bertajuk “Zakat Satu Kewajiban, Wakaf Pahala Berkekalan” yang bertempat di Masjid Taman Temerloh Jaya dan Masjid Al-Makmur, Taman Desa Damai Bentong.

Program Forum ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatan kesedaran kewajipan berzakat dan amalan berwakaf dalam kalangan umat Islam di negeri Pahang. Panel forum adalah terdiri daripada wakil dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Pusat Kutipan Zakat dan pejabat Wakaf Pahang. Dalam program berkenaan, seramai lebih 500 jemaah telah menghadiri Forum Khairul Ummah di Temerloh Jaya dan lebih 100 orang di Taman Desa Damai yang terdiri dari masyarakat setempat. Lebih 30 orang jemaah turut melaksanakan ibadah zakat dan wakaf mereka
Bersempena Bulan Zakat Dan Wakaf ini lebih 100 program promosi zakat dan wakaf telah dirancang untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. Antara program-program dilaksanakan adalah seminar, rundingan meja bulat, taklimat, kaunter, khutbah, kuliah forum, street dakwah dan diskusi perniaga.

Tahniah dan terima kasih kepada muslimin dan muslimat yang hadir bagi mengimarahkan program Forum Khairul Ummah ini serta para pembayar zakat dan wakaf dalam program tersebut. Adalah diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan berwakaf seterusnya menjadi penyumbang kepada dana zakat dan wakaf negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang