FUTSAL TERTUTUP ANJURAN JABATAN BENDAHARI UMPSA 2024

Kuantan, 6 Julai 2024– Satu Kejohanan Futsal 2024 tertutup anjuran Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Pahang Sultan Ahmad (UMPSA) telah diadakan di Legend Futsal, Batu 6, Kuantan. Kejohanan ini telah disertai oleh 8 pasukan yang terdiri dari kalangan agensi terpilih.

Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) turut menghantar satu pasukan yang melibatkan 9 pemain dan 1 pengurus yang terdiri daripada kakitangan PKZ Pahang. Kejohanan ini telah dijuarai oleh Maybank Kuantan dan Naib Johan telah dimenangi oleh Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Pahang Sultan Ahmad (UMPSA) Manakala pasukan PKZ Pahang berada pada tempat ketiga yang melibatkan 8 pasukan yang bertanding.

PKZ Pahang merakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Pahang Sultan Ahmad (UMPSA) di atas kejayaan penganjuran kejohanan ini dengan jayanya, semoga acara ini dapat merapatkan ukuwwah antara jabatan-jabatan yang terlibat.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial