ALOR SETAR, 12 November 2022– Satu Kejohanan Futsal Zakat Cup 2022 anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah diadakan di Futsal Centre Titi Gajah, Alor Setar Kedah. Kejohanan ini telah disertai oleh 12 pasukan yang terdiri dari kalangan institusi zakat seluruh Malaysia.
Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) turut menghantar satu pasukan yang melibatkan 10 pemain yang terdiri daripada kakitangan PKZ Pahang. Kejohanan ini telah dijuarai oleh Pusat Zakat Melaka (PZM) dan Naib Johan telah dimenangi oleh pasukan Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Manakala pasukan PKZ Pahang berada pada tempat ketiga kumpulan B yang melibatkan 6 pasukan negeri yang bertanding.
Program yang berlangsung selama satu hari ini dimulai dengan acara perlawanan futsal zakat cup sebelah siang manakala pada sebelah malam pula telah diadakan jamuan makan malam yang melibatkan semua institusi zakat Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, YH Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman di Ibu Pejabat LZNK. Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman selaku Ketua Pegawai Eksekutif LZNK merangkap penganjur bagi program ini.
PKZ Pahang merakamkan ucapan tahniah kepada LZNK di atas kejayaan penganjuran kejohanan ini dengan jayanya, semoga acara ini dapat merapatkan ukuwwah antara institusi zakat seluruh negara.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang