KUANTAN, 14 Mac 2024 – Sepanjang bulan Ramadan ini Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) melalui unit Kerohanian PKZ Pahang telah menjalankan aktiviti halaqah tadarus Al-Quran secara berkumpulan oleh 95 kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang setiap hari.
Sesuai dengan bulan Ramadhan selain berpuasa, menunaikan solat Tarawih, umat Islam dituntut untuk menghidupkan Ramadan dengan membaca al-Quran kerana ianya adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Amalan membaca al-quran bukan sahaja mendapat imbuhan pahala tetapi juga merangkap penawar kepada pembacanya.
Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan agama, setiap pejabat PKZ Pahang akan sentiasa melazimi tadarus Al-Quran setiap hari walaupun bukan di bulan Ramadhan. Semoga kita semua menjadi generasi quran dan mendapat syafaat al-Quran di akhirat nanti.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
