HIDUPKAN RAMADAN DENGAN TADARUS AL-QURAN

KUANTAN, 03 Mac 2025 – Sepanjang bulan Ramadan ini Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang (PKZWP) melalui unit Kerohanian PKZ Pahang telah menjalankan aktiviti halaqah tadarus Al-Quran secara berkumpulan oleh 97 kakitangan Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang setiap hari.

Sesuai dengan bulan Ramadhan selain berpuasa, menunaikan solat Tarawih, umat Islam dituntut untuk menghidupkan Ramadan dengan membaca al-Quran kerana ianya adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Amalan membaca al-quran bukan sahaja mendapat imbuhan pahala tetapi juga merangkap penawar kepada pembacanya.

Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan agama, setiap pejabat PKZW Pahang akan sentiasa melazimi tadarus Al-Quran setiap hari walaupun bukan di bulan Ramadhan. Semoga kita semua menjadi generasi quran dan mendapat syafaat al-Quran di akhirat nanti.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial