Hukum zakat ke atas pengeluaran iSinar/iCitra/iLestari KWSP bagi negeri Pahang

Persoalan berkaitan pengeluaran zakat iSinar/iCitra/iLestari dalam tempoh PKP ini, berikut adalah jawapannya :

  1. Bagi ahli KWSP beragama Islam yang membuat pengeluaran iSinar/iCitra/iLestari bagi tujuan kelangsungan hidup diri sendiri dan tanggungannya serta menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan, ia dikira sebagai pengeluaran di bawah kategori Hajah Asliyah dan TIDAK DIWAJIBKAN ZAKAT; dan
  2. Manakala bagi ahli KWSP beragama Islam yang membuat Pengeluaran iSinar/iCitra/iLestari bukan bagi tujuan menampung keperluan asas diri sendiri dan tanggungannya, maka ZAKAT ADALAH DIWAJIBKAN ke atas pengeluaran tersebut berdasarkan Zakat Mal Mustafad sekiranya mencukupi nisab dan haul yang telah ditentukan.

Kaedah mengeluarkan zakat KWSP (sekiranya termasuk dalam kategori ke 2 di atas):

Jumlah yang dikeluarkan (dari tabung KWSP) X 2.5% (kadar zakat) = Jumlah Zakat

Contohnya: RM500 X 2.5% = RM12.50 sahaja

atau

Ditaksir bersama pendapatan tahunan semasa bagi yg mempunyai pendapatan bulanan.

Kaedah ini adalah selaras dengan pandangan yang telah dikemukan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKSP) KWSP.

Semoga pencerahan ini ada manfaatnya buat masyarakat dan kita tidak terlalai dengan apa yang menjadi kewajipan atas diri kita sendiri. Wallahu’alam.

Kongsikan di media sosial