IKLAN ZAKAT DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

17 JANUARI 2023, Pahang – Telah menjadi kelaziman Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang menjalankan gerak kerja menjalankan kempen di sekitar negeri Pahang dalam usaha memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat Islam. Satu program gerak kerja mengantung sepanduk dan promosi zakat telah diadakan di beberapa kawasan sekitar negeri Pahang yang telah dilaksanakan oleh beberapa pegawai dari Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ). Di antara kawasan yang terlibat adalah kawasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang melibatkan kawasan Rehat dan Rawat (RNR) di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur.

Selain menaikkan sepanduk bagi mempromosi zakat terhadap masyarakat, PKZ Pahang juga turut menampal Kod QR di seluruh meja di RNR bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menunaikan kewajipan zakat dan wakaf. Selain itu, pembayar zakat juga boleh menggunakan saluran bayaran dalam talian seperti FPX, perbankan internet, Pahang-Go, Gopayz, Shopee, MYEG Services dan pos online.

Menerusi kempen ini diharap dapat menggalakkan dan memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat dengan mengajak seluruh masyarakat yang layak menunaikan kewajipan zakat, bersama-sama PKZ Pahang bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial