ISUZU HICOM MALAYSIA SDN BHD TUNAI ZAKAT

PEKAN, 5 Januari 2024 – ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan buat julung kalinya kepada Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Pejabat ISUZU HICOM Peramu Jaya, Pekan.

ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd yang diwakili oleh Penolong Pengurus Kewangan, Encik Mohd Puteh bin Roslan dan disaksikan oleh Timbalan Pengurus Besar Sumber Manusia, YH Dato’ Hajjah Rosmah bin Haji Hashim yang mewakili ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan syarikat berjumlah RM 1,516,779.00. Manakala penerimaan zakat telah diwakili oleh Pegawai Zakat Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Pekan, Encik Ahmad Bahauddin Fikry Bin Ishak.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial