KAKITANGAN PKZ MENGHIDUPKAN RAMADAN DENGAN TADARUS AL-QURAN

KUANTAN, 06 April 2023 – Sepanjang bulan Ramadhan al-mubarak ini Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) melalui Unit Kerohanian PKZ Pahang telah menjalankan aktiviti halaqah tadarus Al-Quran secara berkumpulan oleh 96 kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang setiap hari. Seusai solat Dhuha setiap hari, pihak pengurusan telah memberi peruntukan masa antara 30-40 minit untuk semua kakitangan melaksanakan tadarus al-Quran.

Sesuai dengan bulan Ramadhan selain berpuasa, menunaikan solat Tarawih, umat Islam dituntut untuk menghidupkan Ramadan dengan membaca al-Quran kerana ianya adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Amalan membaca al-quran bukan sahaja mendapat imbuhan pahala tetapi juga merangkap penawar kepada pembacanya.

Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan agama, setiap pejabat PKZ Pahang akan sentiasa melazimi tadarus Al-Quran setiap hari walaupun bukan di bulan Ramadhan. Semoga kita semua menjadi sebahagian daripada generasi quran dan mendapat syafaat al-Quran di akhirat nanti.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial