KUANTAN, 30 Januari 2024 – Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlangsung dengan penuh meriah di negeri ini.
Baginda diringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat mendarat di lokasi istiadat di Dataran Pangkalan Udara (PU) Kuantan dengan menaiki pesawat khas pada jam 11.58 pagi.



Keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda berdua disambut Kerabat Diraja Pahang termasuk Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, paduka-paduka anakanda-anakanda baginda, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosedy Wan Ismail dan ribuan rakyat negeri Pahang.
50 kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang turut menyertai orang ramai berbaris di sepanjang Jalan Mahkota untuk meraikan keberangkatan tiba baginda berdua dalam perjalanan ke Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang