18 MEI 2023, ROMPIN – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah dijemput oleh Lembaga Pembangunan Tioman bagi menyertai satu program sempena Hari Bersama Pelanggan Lembaga Pembangunan Tioman yang di adakan di Terminal Kampung Tekek, Pulau Tioman.
Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 16 hingga 18 Mei 2023, yang mana melibatkan seramai 2 orang kakitangan PKZ Pahang dari Zon Timur. Pelbagai agensi lain turut terlibat bagi menjayakan program tersebut di antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), Klinik Swasta, Alam Flora, Giat Mara, dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Program ini telah mendapat sambutan masyarakat setempat dengan kehadiran ratusan penduduk sepanjang program ini berlangsung.

Sepanjang program ini diadakan, PKZ Pahang dapat menyampaikan maklumat berkaitan dengan zakat dan wakaf kepada para pengunjung yang hadir ke program tersebut melalui sesi taklimat serta kaunter pameran yang disediakan. Sepanjang program ini dijalankan PKZ Pahang telah menerima bayaran zakat daripada 12 pembayar zakat dan 6 orang pembayar wakaf dengan amaun kutipan keseluruhan hampir RM 10,000.00.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat harta dan mendekatkan masyarakat dengan PKZ Pahang. Adalah diharapkan program seumpamam ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan seterusnya menjadi penyumbang kepada dana zakat negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang