KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG BERZAKAT

KUANTAN, 19 Mac 2025 – Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat dan taufiq-Nya, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak ini, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan menunaikan kewajipan berzakat di Istana Abdul Aziz, Kuantan.

Bayaran Zakat Harta baginda itu diterima oleh Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZWP), Haji Mohd Azmi bin Haji Othman. Manakala Zakat Fitrah baginda pula diterima oleh Amil Masjid Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Ustaz Solehin bin Aziz.

Pihak PKZW Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan ke atas ibadah zakat yang telah dilaksanakan.

Disediakan oleh,
Nur ‘Addneen Binti Mohamad Razali
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial