KUANTAN, 29 Mac 2024 – Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat dan taufiqNya, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak ini Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menunaikan kewajipan berzakat bertempat di Istana Abduaziz Kuantan.
Bayaran Zakat Harta baginda itu diterima oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud. Manakala Zakat Fitrah baginda pula diterima oleh Amil Masjid Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Ustaz Solehin bin Aziz.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Kebawah Duli Tuanku ke atas ibadah zakat yang telah dilaksanakan.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang